Showing posts with label EZProxy EBCOHOST. Show all posts
Showing posts with label EZProxy EBCOHOST. Show all posts

Monday, 17 December 2012

Kajian Kualitatif Guna NVIVO dan ATLAS.ti 7

Saya baru berjinak-jinak dengan kajian kualitatif. Pada  Julai 2012 saya menghadiri kelas NVIVO bersama Dr Hj. Kamarul dari UTM. Memang hebat. Cuma saya tak terus gunakan ilmu yang diajar.

Hari ini saya dah download ATLAS.ti free trial. Tunggu masa nak explore. Selamat datang ke dunia ATLAS.ti pula. Kalau ada yang berminat nak cuba boleh download sendiri. http://www.atlasti.com/index.html

Cubalah manalah tahu jatuh cinta pula kepada ATLAS.ti macam Dr OT.

Ustaz kata ilmu kalau berguru lebih afdal berbanding explore sendiri. Kena daftar kursus nampaknya.


Sunday, 4 November 2012

Pizza Hut Delivery (PHD jugak)

Ingat PHD ingat Pizza Hut Delivery. Singkatan yang sama. Nak cerita sikit pengalaman di Pizza Hut. Semalam, selepas menyaksikan Graduation Day Kimi pusat beli-belah terkenal di Seremban, kami terus mencari tempat duduk di Pizza Hut. Seperti biasa anak-anak akan meminta menu yang sama. Hampir setengah jam barulah pizza yang dipesan sampai. Bread stick sejam baru sampai. Nasib baik Hut Platter, air dan sup dah sampai awal. Suruh bungkus sahaja pizza yang dipesan kerana mood anak-anak nak makan dah rosak. Pelanggan sekeliling semuanya mencuka kerana servis yang sangat lambat. Meja di belakang dah kosong. Kesian keluarga tersebut. Mereka hendak ke stesyen komuter. Tergesa-gesa si bapa meminta pekerja tersebut membungkus sahaja pizza mereka. Tapi, semasa saya membayar di kaunter si bapa tersebut masih menunggu pizzanya dibungkus. Sejam 10 minit. Pizza Hut cawangan ni sedang membuat rekod dunia agaknya. Saya dapati perkhidmatan restoran makanan segera antarabangsa di Malaysia semakin merosot kualiti khidmat pelanggannya.  Mungkin masalah inisesuai untuk kajian PhD . Ada yang berminat?

Wednesday, 17 October 2012

Virtual Library/Perpustakaan Maya

Apa khabar mahasiswa Masters, Sarjana, Doktor Falsafah, PhD dan yang sewaktu dengannya? Ramai mahasiswa baharu yang  sedang bergelut untuk mencari bahan dan artikel untuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Zaman kita di universiti 10 ke 20 tahun yang lalu amat berbeza dengan hari ini. Dahulu kita terpaksa mencari jurnal di perpustakaan tetapi kini di rumah pun sudah boleh membaca jurnal terkini. Gunakan laman web perpustakaan universiti masing-masing. Dengan percuma kita boleh mengakses jrunal-jurnal yang tersimpan di EBCOHOST, SAGE, EMERALD dan sebagainya. Tesis masters dan PhD yang lengkap pun ada. UPSI gunakan EZProxy. Universiti lain kenalah tanya kawa-kawan senasib. UUM murah hati berbanding universiti yang lain. Tesis UUM memang boleh kita download. Universiti lain belum percaya dengan kita agaknya. (Takut kita meniru?) Mungkin.

Pentaksiran Bilik Darjah

  Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...