Showing posts with label Perpustakaan UKM. Show all posts
Showing posts with label Perpustakaan UKM. Show all posts

Monday, 17 December 2012

Kajian Kualitatif Guna NVIVO dan ATLAS.ti 7

Saya baru berjinak-jinak dengan kajian kualitatif. Pada  Julai 2012 saya menghadiri kelas NVIVO bersama Dr Hj. Kamarul dari UTM. Memang hebat. Cuma saya tak terus gunakan ilmu yang diajar.

Hari ini saya dah download ATLAS.ti free trial. Tunggu masa nak explore. Selamat datang ke dunia ATLAS.ti pula. Kalau ada yang berminat nak cuba boleh download sendiri. http://www.atlasti.com/index.html

Cubalah manalah tahu jatuh cinta pula kepada ATLAS.ti macam Dr OT.

Ustaz kata ilmu kalau berguru lebih afdal berbanding explore sendiri. Kena daftar kursus nampaknya.


Tuesday, 9 October 2012

PUSAT SUMBER FAKULTI PENDIDIKAN UKM

Hari ini saya ke Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM. Terkejut sedikit hari ini sebaik saya memohon izin di kaunter. Saya beritahu pegawai di kaunter saya bukan pelajar UKM tetapi datang untuk membuat rujukan kerana bahan yang saya cari ada di sini.

"Ada bawa surat," tanya pegawai itu.
"Tak ada," cepat saya menjawab.

Dia dengan lembut menjelaskan bahawa pelajar bukan dari UKM tidak dibenarkan masuk kerana ada satu peristiwa sebelum ini apabila penyelaras datang dan "bising-bising" tentang ramai "orang luar" di dalam pusat sumber mereka. (Kalau ada yang tahu cerita ini tolong betulkan fakta ini.) Hi hi hi.

Pentaksiran Bilik Darjah

  Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...