Saturday, 22 December 2012

ATLAS.ti 1

Saya sedang mendalami ATLAS.ti. Semalam terjumpa blog trainer ATLAS.ti Malaysia. Ini linknya http://atlasmalaysia.com/agenda/  Rupanya belum aktif sangat walaupun dah hampir enam bulan. sejak kursus pertama mererka di UiTM. Hari ini mereka buat bengkel di UTM Skudai. Harap dapat ikuti bengkel ATLAS.ti tahun depan. Saya sedang menggunakannya untuk membaca jurnal secara mendalam. Hasilnya sangat bai. Cuma masih terkial-kial dengan arahannya sebab dah terbiasa dengan NVivo. Semalam sempat download video tutorial di Youtube.



















Monday, 17 December 2012

Kajian Kualitatif Guna NVIVO dan ATLAS.ti 7

Saya baru berjinak-jinak dengan kajian kualitatif. Pada  Julai 2012 saya menghadiri kelas NVIVO bersama Dr Hj. Kamarul dari UTM. Memang hebat. Cuma saya tak terus gunakan ilmu yang diajar.

Hari ini saya dah download ATLAS.ti free trial. Tunggu masa nak explore. Selamat datang ke dunia ATLAS.ti pula. Kalau ada yang berminat nak cuba boleh download sendiri. http://www.atlasti.com/index.html

Cubalah manalah tahu jatuh cinta pula kepada ATLAS.ti macam Dr OT.

Ustaz kata ilmu kalau berguru lebih afdal berbanding explore sendiri. Kena daftar kursus nampaknya.


Sunday, 9 December 2012

Refference Manager Pengurus Bibliografi

"Bibliografi untuk tesis kita perlu diurus secara profesional.Jangan pening kepala masa dah dekat nak siap nanti." Itu kata penyelia saya.

 Saya balik dan terus mencari maklumat. Telefon kawan-kawan. Ramai pelajar yang menggunakan perisian seperti Endnote, Mendeley, dan sebagainya untuk mengurus rujukan tesis. Pilihan sebenarnya di tangan kita. Jika universiti memang menyediakan perkhidmatan percuma untuk perisian tersebut, tidak salah anda menggunakannya. Jika bajet ciput guna sahaja yang percuma. Semuanya ada kelebihan masing-masing. Endnote memang selalu dicadangkan oleh penyelia yang mahir menggunakannya. Mendeley kerap dipromosi oleh Dr. OT. Saya tengok ok juga. Cuma saya ni memang suka mencuba semua. Selain 2 yang popular ini kita boleh cuba juga Qiqqa yang boleh dimuat turun di http://www.qiqqa.com. Cuba juga tengok Papers di http://www.mekentosj.com/papers/ atau cuba juga Jabref di http://jabref.sourceforge.net/.
 Cubalah. Walau bagaimanapun  peraturan asas menggunakan komputer yang perlu kita ingat selalu. BACK UP YOUR FILES. Itu saja.
Selamat mengurus bibliografi dengan smart.

Thursday, 29 November 2012

Peringatan

LegoLand : RM 140.00 >> xpe bayar mahal, cari pengalaman kan

Sunway Lagoon : RM 50 >> xpe bayar mahal, sekali sekala release tension

Teater : RM 150.00 >> bukan selalu pun, cerita tu best sangat

Langkawi : RM 1000 >> setahun sekali jer, xpe lah habiskan duit

Majlis makan amal : RM 50 >> mahalnya! aku nk bawa bekas, tapau makanan, baru berbaloi...

Derma anak yatim : RM 5 >>> xleh bagi banyak.. ntah2 diorang tipu

Emmm.. Masjid? Ada setiap minggu masa sembahyang Jumaat kita sedekah RM1? (itu pun cume seringgit)

~*** Fikir-fikirkan dan selamat beramal....

Monday, 5 November 2012

Penempatan Selepas Tamat Cuti Belajar

Baru berbual tentang penempatan selepas cuti belajar PhD dengan seorang rakan yang akan kembali ke bekerja pada bulan depan. Dia meluahkan rasa terkejutnya apabila sukar untuk kembali ke tempat lama kerana beberapa prosedur yang hebat. Untuk proses penempatan beberpaa proses perlu dilalui oleh bekas penerima biasiswa PhD ini. Dia perlu ke IPG lamanya untuk mendapat pengesahan daripada pengarah IPG yang memang tak mengenalinya kerana dia keluar sebelum pengarah baharu ini masuk. Bahagian sumber perlukan perakuan daripada pengarah untuk mengetahui kekosongan perjawatan. Selepas ini dia perlu ke pejabat Rektor di Cyberjaya pula untuk perakuan kedua. Selepas itu ke Bahagian Tajaan di Cyberjaya. nasib baik tak jauh. Selepas itu ke bahagian sumber di Putrajaya. Selepas itu barulah tahu tempat penempatan. Jika selesai dalam masa yang ditetapkan. Jika tidak esok datang semula. Saya cadangkan agar dia sediakan surat rayuan sebelum berjumpa Pengarah tu. Perghhh. Rasanya dua tahun lagi saya juga akan menghadapi perkara yang sama. Tahan sajaaa.

Have just talked about the placement after PhD study leave with a friend who will return to work next month. He expressed his surprise when it is difficult to go back to the old place for a great number of procedures. For placement process several processes have to go through this PhD scholarship holders. He needs to IPG ever to get confirmation from the director who really do not know him IPG as he came out before the new director in. Division of Human Resources require recommendation from the director to find out the vacancy positions. After this he needs to Rector office in Cyberjaya turn to the second recommendation. After that the Sponsorship Division at Cyberjaya. fortunately not far. After that to Putrajaya. After it was know the place placement. If done in a timely manner. Otherwise come back tomorrow. I suggest that he prepared a letter before the meet director of  IPG. Perghhh. It feels like another two years I will be facing the same thing. (Oleh sebab dah ada orang Amerika rajin baca blog ni saya sertakan terjemahan daripada Google translator) Hi hi hi. kalau faham kira oklah tu.

Sunday, 4 November 2012

Pizza Hut Delivery (PHD jugak)

Ingat PHD ingat Pizza Hut Delivery. Singkatan yang sama. Nak cerita sikit pengalaman di Pizza Hut. Semalam, selepas menyaksikan Graduation Day Kimi pusat beli-belah terkenal di Seremban, kami terus mencari tempat duduk di Pizza Hut. Seperti biasa anak-anak akan meminta menu yang sama. Hampir setengah jam barulah pizza yang dipesan sampai. Bread stick sejam baru sampai. Nasib baik Hut Platter, air dan sup dah sampai awal. Suruh bungkus sahaja pizza yang dipesan kerana mood anak-anak nak makan dah rosak. Pelanggan sekeliling semuanya mencuka kerana servis yang sangat lambat. Meja di belakang dah kosong. Kesian keluarga tersebut. Mereka hendak ke stesyen komuter. Tergesa-gesa si bapa meminta pekerja tersebut membungkus sahaja pizza mereka. Tapi, semasa saya membayar di kaunter si bapa tersebut masih menunggu pizzanya dibungkus. Sejam 10 minit. Pizza Hut cawangan ni sedang membuat rekod dunia agaknya. Saya dapati perkhidmatan restoran makanan segera antarabangsa di Malaysia semakin merosot kualiti khidmat pelanggannya.  Mungkin masalah inisesuai untuk kajian PhD . Ada yang berminat?

Wednesday, 17 October 2012

Virtual Library/Perpustakaan Maya

Apa khabar mahasiswa Masters, Sarjana, Doktor Falsafah, PhD dan yang sewaktu dengannya? Ramai mahasiswa baharu yang  sedang bergelut untuk mencari bahan dan artikel untuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Zaman kita di universiti 10 ke 20 tahun yang lalu amat berbeza dengan hari ini. Dahulu kita terpaksa mencari jurnal di perpustakaan tetapi kini di rumah pun sudah boleh membaca jurnal terkini. Gunakan laman web perpustakaan universiti masing-masing. Dengan percuma kita boleh mengakses jrunal-jurnal yang tersimpan di EBCOHOST, SAGE, EMERALD dan sebagainya. Tesis masters dan PhD yang lengkap pun ada. UPSI gunakan EZProxy. Universiti lain kenalah tanya kawa-kawan senasib. UUM murah hati berbanding universiti yang lain. Tesis UUM memang boleh kita download. Universiti lain belum percaya dengan kita agaknya. (Takut kita meniru?) Mungkin.

Wednesday, 10 October 2012

Buat Tugasan di Ruang Menunggu Servis UMW Toyota

Sambil menunggu kereta diservis, saya duduk di ruang menunggu. Bawa laptop hari ni. Selalunya saya balik ke rumah dan ambil kereta sebelah petang kerana terlalu lama menanti di sini. Ada kemudahan wifi Streamyx tetapi hari ini tiada liputan. Bos UMW tolong tengok sikit. Kepuasan pelanggan no. 1. Betul tak?

Tuesday, 9 October 2012

Carta Gantt Untuk Menyiapkan Tesis PhD

Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok.

Cubalah ubahsuai mana yang patut supaya serupa macam carta gantt perancangan untuk Grad On Time (GOT). Harap dapat membantu akawan-kawan.



Semester
1
Pembacaan latar belakang
1
2
Pemahaman literatur
1
3
Draf kertas usulan
1
4
Pemurnian Bab 1-3
2
5
Bentang Usulan
2
6
Pemantapan Bab 1-3
2
7
Penyediaan instrumen kajian
2
8
Menjalankan kajian rintis
2
9
Analisis data dan laporan Kajian Rintis
2
10
Pemantapan Instrumen
2
11
Penyediaan bahan, surat untuk kajian lapangan
3
12
Kajian lapangan
3
13
Memasukkan data kajian
3
14
Membersihkan data kajian
3
15
Menganalisis data kajian
3
16
Laporan dapatan  kajian
4
17
Menjalankan temubual
4
18
Menganalisis data temubual
4
19
Membentang kemajuan
5
20
Draf awal tesis
5
21
Bentang pemantapan kajian
6
22
Draf muktamad untuk pemeriksaan
6
23
Pembetulan/Perubahan terakhir
6
24
Penyerahan tesis muktamad
6

PUSAT SUMBER FAKULTI PENDIDIKAN UKM

Hari ini saya ke Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM. Terkejut sedikit hari ini sebaik saya memohon izin di kaunter. Saya beritahu pegawai di kaunter saya bukan pelajar UKM tetapi datang untuk membuat rujukan kerana bahan yang saya cari ada di sini.

"Ada bawa surat," tanya pegawai itu.
"Tak ada," cepat saya menjawab.

Dia dengan lembut menjelaskan bahawa pelajar bukan dari UKM tidak dibenarkan masuk kerana ada satu peristiwa sebelum ini apabila penyelaras datang dan "bising-bising" tentang ramai "orang luar" di dalam pusat sumber mereka. (Kalau ada yang tahu cerita ini tolong betulkan fakta ini.) Hi hi hi.

Monday, 8 October 2012

Perpustakaan EPRD KPM

Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunter tolong carikan tesis. Sekarang dah boleh mencari sendiri di rak. Tahniah. Satu kemudahan untuk kami pelajar siswazah. Apabila  dah boleh menjelajah ke rak. Barulah terjumpa tesis-tesis 2011 dan tesis kawan-kawan yang pernah ke universiti luar negeri. Ramai juga pelajar siswazah berkampung di sana. Ada yang dari UMS.

Friday, 5 October 2012

Selamat Memulakan Perjalanan buat pelajar Masters dan PhD

Selamat memulakan pengajian kepada pelajar-pelajar masters dan PhD di seluruh Malaysia. Jika anda ada akaun FB, bolehlah menyertai Doctorate Support Group (DSG). Ramai penasihat yang selalu membantu pelajar-pelajar PhD. Group yang menarik untuk berkongsi pengalaman dan masalah. Antara yang aktif memberi bantuan ialah Prof. Dr.T. Ramaiah dari USM, Dr. OT dan ramai lagi. Bulan lepas saya menyertai bengkel kualitatif di Seremban menggunakan Nvivo. Penceramah Dr. Kamarul dari UTM memang hebat. Berbaloi dua hari di sana.

Tuesday, 14 August 2012

Blog menarik untuk pelajar Sarjana dan PhD

Saya ingin kongsikan beberapa blog yang menarik sebagai rujukan kawan-kawan yang sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan PhD. Antara yang sering saya rujuk ialah blog Dr Othman Talib. Saya pernah menghadiri kursus beliau di UKM. Sangat menarik. Praktikal dan saya telah syorkan kepada beberapa orang sahabat untuk menghadiri kursus beliau. Belajar tentang Document Map atau Pane View benar-benar membantu saya ketika menaip menggunakan MSWord. Blog beliau memang penuh infomasi. Cubalah. http://drotspss.blogspot.com/


SALAM


Salam semua. Jumpa lagi selepas lama tak menulis di blog. Blog lama dah lama saya tak pedulikan. Cuti HLP saya dah bermula semenjak 2 April 2012. Sangat sibuk ke perpustakaan. Proposal belum siap lagi. Nasib baik jumpa perpustakaan kecil di Taman Tasik Jaya ni. Bagus tempat ini. Internet laju. Orang pun tak ada. Berbanding perpustakaan UKM, UPM dan EPRD.

Teori Komunikasi

  Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...