Selamat berjumpa kembali. Dah lama tak menjengah ke sini. PhD saya dah hampir ke penghujungnya. Cuti tinggal lagi 3 minggu dan persediaan untuk previva dan viva sedang diusahakan. Melalui detik-detik perjalanan yang panjang menyiapkan kajian sehingga rumusan dan kesimpulan adakalanya manis dan adakalanya masin dan masam. He he,.
Saya terfikir untuk berkongsi dengan tuan/puan yang secara tidak sengaja terjumpa blog saya ini.
Sedikit tips untuk pelajar PhD. Tajuk yang sesuai rasanya.
Hari ini saya berikan tips yang pertama.
BETULKAN NIAT
Niat kita buat PhD?
Ada yang tak tahu?
Biasalah tu.
Macam-macam jawapan yang akan tuanpuan berikan.
Kerana kerjaya, kawan, kepuasan individu, cita-cita sejak kecil(hebat ni), dicabar oleh persekitaran, kecewa cinta, merajuk kerana kerja, peluang tak jangka, dsb. Banyak lagi.
Selepas saya mengikuti kursus persediaan di Port Dickson saya masih belm jelas dengan niat walaupun penceramah tu begitu bersemangat menerangkan tentang niat buat PhD.
Selepas melalui perjalanan yang panjang ini di pertengahn jalan barulah saya faham apa yang dicertakan oleh penceramah. TQVM tuan Dr.
Betulkan niat kita. Sama seperti kita nak menderma di surau atau kepada sesiapa sahaja. Kalau niat kita nak menunjuk-nunjuk dapatlah markah 0 untuk pahala.
Perkataan yang paling kerapa diulang semasa ceramah 3 tahun yang lalu ialah ikhlas kerana Allah.
Tinggi makamnya kata kawan-kawan saya.
Niat yang paling bahaya semasa ingin membuat phD ialah ialah nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Panggil aku Dr lepas siap nanti. Memang sah tak ada ikhlas dalam jiwa dah tu. Orang yang dapat juga PhD walaupun niat dia begitu ustaz Khusairi kata namanya dia dah dapat Istidraj.(Cuba google maksudnya) Janganlah kita tergolong dalam kalangan mereka.
Betulkan niat kita. Mudah sahaja. Niatlah kerana ilmu. Saya yakin tuanpuan akan berjaya. Buanglah semua niat yang berada dalam kelompok negatif.
Tetapkan matlamat dengan ikhlas. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa ada bersama kita.
Antara perkara yang di luar jangkaan dalam perjalanan kita nanti ialah kita dipermudahkan dalam segala aspek.
Kalau tak dapat juga. Cuba semak semula niat anda.
Biarlah apa orang nak kata.
Showing posts with label perancangan PhD. Show all posts
Showing posts with label perancangan PhD. Show all posts
Tuesday, 8 September 2015
Tuesday, 9 October 2012
Carta Gantt Untuk Menyiapkan Tesis PhD
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok.
Cubalah ubahsuai mana yang patut supaya serupa macam carta gantt perancangan untuk Grad On Time (GOT). Harap dapat membantu akawan-kawan.
Cubalah ubahsuai mana yang patut supaya serupa macam carta gantt perancangan untuk Grad On Time (GOT). Harap dapat membantu akawan-kawan.
Semester
|
||
1
|
Pembacaan latar belakang
|
1
|
2
|
Pemahaman literatur
|
1
|
3
|
Draf kertas usulan
|
1
|
4
|
Pemurnian Bab 1-3
|
2
|
5
|
Bentang Usulan
|
2
|
6
|
Pemantapan Bab 1-3
|
2
|
7
|
Penyediaan instrumen kajian
|
2
|
8
|
Menjalankan kajian rintis
|
2
|
9
|
Analisis data dan laporan Kajian Rintis
|
2
|
10
|
Pemantapan Instrumen
|
2
|
11
|
Penyediaan bahan, surat untuk kajian lapangan
|
3
|
12
|
Kajian lapangan
|
3
|
13
|
Memasukkan data kajian
|
3
|
14
|
Membersihkan data kajian
|
3
|
15
|
Menganalisis data kajian
|
3
|
16
|
Laporan dapatan kajian
|
4
|
17
|
Menjalankan temubual
|
4
|
18
|
Menganalisis data temubual
|
4
|
19
|
Membentang kemajuan
|
5
|
20
|
Draf awal tesis
|
5
|
21
|
Bentang pemantapan kajian
|
6
|
22
|
Draf muktamad untuk pemeriksaan
|
6
|
23
|
Pembetulan/Perubahan terakhir
|
6
|
24
|
Penyerahan tesis muktamad
|
6
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pentaksiran Bilik Darjah
Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...