Selamat berjumpa kembali. Dah lama tak menjengah ke sini. PhD saya dah hampir ke penghujungnya. Cuti tinggal lagi 3 minggu dan persediaan untuk previva dan viva sedang diusahakan. Melalui detik-detik perjalanan yang panjang menyiapkan kajian sehingga rumusan dan kesimpulan adakalanya manis dan adakalanya masin dan masam. He he,.
Saya terfikir untuk berkongsi dengan tuan/puan yang secara tidak sengaja terjumpa blog saya ini.
Sedikit tips untuk pelajar PhD. Tajuk yang sesuai rasanya.
Hari ini saya berikan tips yang pertama.
BETULKAN NIAT
Niat kita buat PhD?
Ada yang tak tahu?
Biasalah tu.
Macam-macam jawapan yang akan tuanpuan berikan.
Kerana kerjaya, kawan, kepuasan individu, cita-cita sejak kecil(hebat ni), dicabar oleh persekitaran, kecewa cinta, merajuk kerana kerja, peluang tak jangka, dsb. Banyak lagi.
Selepas saya mengikuti kursus persediaan di Port Dickson saya masih belm jelas dengan niat walaupun penceramah tu begitu bersemangat menerangkan tentang niat buat PhD.
Selepas melalui perjalanan yang panjang ini di pertengahn jalan barulah saya faham apa yang dicertakan oleh penceramah. TQVM tuan Dr.
Betulkan niat kita. Sama seperti kita nak menderma di surau atau kepada sesiapa sahaja. Kalau niat kita nak menunjuk-nunjuk dapatlah markah 0 untuk pahala.
Perkataan yang paling kerapa diulang semasa ceramah 3 tahun yang lalu ialah ikhlas kerana Allah.
Tinggi makamnya kata kawan-kawan saya.
Niat yang paling bahaya semasa ingin membuat phD ialah ialah nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Panggil aku Dr lepas siap nanti. Memang sah tak ada ikhlas dalam jiwa dah tu. Orang yang dapat juga PhD walaupun niat dia begitu ustaz Khusairi kata namanya dia dah dapat Istidraj.(Cuba google maksudnya) Janganlah kita tergolong dalam kalangan mereka.
Betulkan niat kita. Mudah sahaja. Niatlah kerana ilmu. Saya yakin tuanpuan akan berjaya. Buanglah semua niat yang berada dalam kelompok negatif.
Tetapkan matlamat dengan ikhlas. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa ada bersama kita.
Antara perkara yang di luar jangkaan dalam perjalanan kita nanti ialah kita dipermudahkan dalam segala aspek.
Kalau tak dapat juga. Cuba semak semula niat anda.
Biarlah apa orang nak kata.
Showing posts with label tesis phd. Show all posts
Showing posts with label tesis phd. Show all posts
Tuesday, 8 September 2015
Wednesday, 2 January 2013
Borang PSD 6/93
Kawan-kawan yang sedang cuti belajar. HLP, CBBPTB, tanpa gaji, separuh gaji lebih 180 hari 2012 jangan lupa melengkapkan borang ini untuk pergerakan gaji 2013. Sebelum 15 jan 2013 mengikut surat siaran di web KPM. Jangan lupa. Saya sedang menyiapkan borang-borang yang perlu dilengkapkan. Tahniah kepada kawan-kawan yang sudah melapor diri semula dan tamat pengajian dengan jayanya. Ada yang dah mula dipanggil Doktor oleh kawan-kawan.
Monday, 17 December 2012
Kajian Kualitatif Guna NVIVO dan ATLAS.ti 7
Saya baru berjinak-jinak dengan kajian kualitatif. Pada Julai 2012 saya menghadiri kelas NVIVO bersama Dr Hj. Kamarul dari UTM. Memang hebat. Cuma saya tak terus gunakan ilmu yang diajar.
Hari ini saya dah download ATLAS.ti free trial. Tunggu masa nak explore. Selamat datang ke dunia ATLAS.ti pula. Kalau ada yang berminat nak cuba boleh download sendiri. http://www.atlasti.com/index.html
Cubalah manalah tahu jatuh cinta pula kepada ATLAS.ti macam Dr OT.
Ustaz kata ilmu kalau berguru lebih afdal berbanding explore sendiri. Kena daftar kursus nampaknya.
Hari ini saya dah download ATLAS.ti free trial. Tunggu masa nak explore. Selamat datang ke dunia ATLAS.ti pula. Kalau ada yang berminat nak cuba boleh download sendiri. http://www.atlasti.com/index.html
Cubalah manalah tahu jatuh cinta pula kepada ATLAS.ti macam Dr OT.
Ustaz kata ilmu kalau berguru lebih afdal berbanding explore sendiri. Kena daftar kursus nampaknya.
Sunday, 4 November 2012
Pizza Hut Delivery (PHD jugak)
Ingat PHD ingat Pizza Hut Delivery. Singkatan yang sama. Nak cerita sikit pengalaman di Pizza Hut. Semalam, selepas menyaksikan Graduation Day Kimi pusat beli-belah terkenal di Seremban, kami terus mencari tempat duduk di Pizza Hut. Seperti biasa anak-anak akan meminta menu yang sama. Hampir setengah jam barulah pizza yang dipesan sampai. Bread stick sejam baru sampai. Nasib baik Hut Platter, air dan sup dah sampai awal. Suruh bungkus sahaja pizza yang dipesan kerana mood anak-anak nak makan dah rosak. Pelanggan sekeliling semuanya mencuka kerana servis yang sangat lambat. Meja di belakang dah kosong. Kesian keluarga tersebut. Mereka hendak ke stesyen komuter. Tergesa-gesa si bapa meminta pekerja tersebut membungkus sahaja pizza mereka. Tapi, semasa saya membayar di kaunter si bapa tersebut masih menunggu pizzanya dibungkus. Sejam 10 minit. Pizza Hut cawangan ni sedang membuat rekod dunia agaknya. Saya dapati perkhidmatan restoran makanan segera antarabangsa di Malaysia semakin merosot kualiti khidmat pelanggannya. Mungkin masalah inisesuai untuk kajian PhD . Ada yang berminat?
Tuesday, 9 October 2012
PUSAT SUMBER FAKULTI PENDIDIKAN UKM
Hari ini saya ke Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM. Terkejut sedikit hari ini sebaik saya memohon izin di kaunter. Saya beritahu pegawai di kaunter saya bukan pelajar UKM tetapi datang untuk membuat rujukan kerana bahan yang saya cari ada di sini.
"Ada bawa surat," tanya pegawai itu.
"Tak ada," cepat saya menjawab.
Dia dengan lembut menjelaskan bahawa pelajar bukan dari UKM tidak dibenarkan masuk kerana ada satu peristiwa sebelum ini apabila penyelaras datang dan "bising-bising" tentang ramai "orang luar" di dalam pusat sumber mereka. (Kalau ada yang tahu cerita ini tolong betulkan fakta ini.) Hi hi hi.
"Ada bawa surat," tanya pegawai itu.
"Tak ada," cepat saya menjawab.
Dia dengan lembut menjelaskan bahawa pelajar bukan dari UKM tidak dibenarkan masuk kerana ada satu peristiwa sebelum ini apabila penyelaras datang dan "bising-bising" tentang ramai "orang luar" di dalam pusat sumber mereka. (Kalau ada yang tahu cerita ini tolong betulkan fakta ini.) Hi hi hi.
Monday, 8 October 2012
Perpustakaan EPRD KPM
Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunter tolong carikan tesis. Sekarang dah boleh mencari sendiri di rak. Tahniah. Satu kemudahan untuk kami pelajar siswazah. Apabila dah boleh menjelajah ke rak. Barulah terjumpa tesis-tesis 2011 dan tesis kawan-kawan yang pernah ke universiti luar negeri. Ramai juga pelajar siswazah berkampung di sana. Ada yang dari UMS.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pentaksiran Bilik Darjah
Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...