Saya baru berjinak-jinak dengan kajian kualitatif. Pada Julai 2012 saya menghadiri kelas NVIVO bersama Dr Hj. Kamarul dari UTM. Memang hebat. Cuma saya tak terus gunakan ilmu yang diajar.
Hari ini saya dah download ATLAS.ti free trial. Tunggu masa nak explore. Selamat datang ke dunia ATLAS.ti pula. Kalau ada yang berminat nak cuba boleh download sendiri. http://www.atlasti.com/index.html
Cubalah manalah tahu jatuh cinta pula kepada ATLAS.ti macam Dr OT.
Ustaz kata ilmu kalau berguru lebih afdal berbanding explore sendiri. Kena daftar kursus nampaknya.
Showing posts with label DSG. Show all posts
Showing posts with label DSG. Show all posts
Monday, 17 December 2012
Sunday, 4 November 2012
Pizza Hut Delivery (PHD jugak)
Ingat PHD ingat Pizza Hut Delivery. Singkatan yang sama. Nak cerita sikit pengalaman di Pizza Hut. Semalam, selepas menyaksikan Graduation Day Kimi pusat beli-belah terkenal di Seremban, kami terus mencari tempat duduk di Pizza Hut. Seperti biasa anak-anak akan meminta menu yang sama. Hampir setengah jam barulah pizza yang dipesan sampai. Bread stick sejam baru sampai. Nasib baik Hut Platter, air dan sup dah sampai awal. Suruh bungkus sahaja pizza yang dipesan kerana mood anak-anak nak makan dah rosak. Pelanggan sekeliling semuanya mencuka kerana servis yang sangat lambat. Meja di belakang dah kosong. Kesian keluarga tersebut. Mereka hendak ke stesyen komuter. Tergesa-gesa si bapa meminta pekerja tersebut membungkus sahaja pizza mereka. Tapi, semasa saya membayar di kaunter si bapa tersebut masih menunggu pizzanya dibungkus. Sejam 10 minit. Pizza Hut cawangan ni sedang membuat rekod dunia agaknya. Saya dapati perkhidmatan restoran makanan segera antarabangsa di Malaysia semakin merosot kualiti khidmat pelanggannya. Mungkin masalah inisesuai untuk kajian PhD . Ada yang berminat?
Friday, 5 October 2012
Selamat Memulakan Perjalanan buat pelajar Masters dan PhD
Selamat memulakan pengajian kepada pelajar-pelajar masters dan PhD di seluruh Malaysia. Jika anda ada akaun FB, bolehlah menyertai Doctorate Support Group (DSG). Ramai penasihat yang selalu membantu pelajar-pelajar PhD. Group yang menarik untuk berkongsi pengalaman dan masalah. Antara yang aktif memberi bantuan ialah Prof. Dr.T. Ramaiah dari USM, Dr. OT dan ramai lagi. Bulan lepas saya menyertai bengkel kualitatif di Seremban menggunakan Nvivo. Penceramah Dr. Kamarul dari UTM memang hebat. Berbaloi dua hari di sana.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Pentaksiran Bilik Darjah
Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Apa tu? 1. Program Fulbright ada beberapa jenis. Yang ini untuk cikgu-cikgu. Pertukaran guru ke US. Cuba baca syarat dan pengalaman bekas ...
-
Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...