Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada name tag. Nampaknya kita kena merujuk pekeliling ini sebeblum kita menempah name tag baru. Malu pulak rasanya apabila terjumpa seorang pegawai SIP di PPD menggunakan name tag Dr. dot dot. Bacalah pekeliling ini untuk pencerahan dan tidak membazir duit
http://www.mampu.gov.my/documents/10228/15822/spa081983.pdf/0f201696-a6f9-430d-8136-64bbd2d66ea9
SURAT PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 1983
Pemakaian Tanda Nama
Adalah diperhatikan bahawa semenjak kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun
memakai tanda nama sebagai satu daripada usaha untuk meningkatkan perkhidmatan
awam khasnya dalam bidang perhubungan awam, berbagai cara dan warna telah
digunakan.
2. Untuk menyeragamkan pemakaian dan penggunaan tanda nama ini, peraturanperaturan
berikut hendaklah di ikuti:-
(a) semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf
berwarna putih berlatarbelakangkan hitam dan berukuran 7.5cm x 2.5 cm
seperti contoh yang dilampirkan,
(b) hanya satu nama sahaja digunakan,
(c) tidak ada had huruf dan sais yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu
berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke
dalam ukuran tanda nama yang telah ditetapkan,
(d) gelaran-gelaran darjah kebesaran, keturunan, ‘profesion’, akademik atau
‘initial’ tidak boleh dituliskan,
(e) nama jawatan dan logo Jabatan juga tidak harus dimasukkan dalam tanda
nama berkenaan, jabatan-jabatan yang hendak menggunakan logo Jabatan,
ianya hendaklah diadakan secara berasingan dari tanda nama,
(f) tanda nama hendaklah disematkan dibaju di dada sebelah kiri, dan
(g) tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.
3. Pesanan permulaan bagi anggota Jabatan-jabatan yang baru sahaja hendak
menggunakan tanda nama dan bagi Jabatan-jabatan yang terpaksa menukar tanda nama
bagi mengikut peraturan-peraturan yang tersebut di atas bolehlah dibuat dan dibayar
daripada peruntukan Jabatan masing-masing. Bagi menggantikan tanda nama yang rosak
atau hilang mereka yang berkenaan hendaklah membayarnya sendiri.
4. Perubahan kepada tanda nama yang seragam ini bolehlah dibuat secara
berperingkat-peringkat mengikut kemampuan jabatan masing-masing. Dengan ini adalah
diharapkan tidak lagi timbul kekeliruan berkenaan dengan penggunaan dan pemakaian
tanda nama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teori Komunikasi
Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunt...
No comments:
Post a Comment