Showing posts with label Pizza Hut Delivery PHD. Show all posts
Showing posts with label Pizza Hut Delivery PHD. Show all posts

Wednesday, 2 January 2013

Borang PSD 6/93

Kawan-kawan yang sedang cuti belajar. HLP, CBBPTB, tanpa gaji, separuh gaji lebih 180 hari 2012 jangan lupa melengkapkan borang ini  untuk pergerakan gaji 2013. Sebelum 15 jan 2013 mengikut surat siaran di web KPM. Jangan lupa. Saya sedang menyiapkan borang-borang yang perlu dilengkapkan. Tahniah kepada kawan-kawan yang sudah melapor diri semula dan tamat pengajian dengan jayanya. Ada yang dah mula dipanggil Doktor oleh kawan-kawan.

Sunday, 4 November 2012

Pizza Hut Delivery (PHD jugak)

Ingat PHD ingat Pizza Hut Delivery. Singkatan yang sama. Nak cerita sikit pengalaman di Pizza Hut. Semalam, selepas menyaksikan Graduation Day Kimi pusat beli-belah terkenal di Seremban, kami terus mencari tempat duduk di Pizza Hut. Seperti biasa anak-anak akan meminta menu yang sama. Hampir setengah jam barulah pizza yang dipesan sampai. Bread stick sejam baru sampai. Nasib baik Hut Platter, air dan sup dah sampai awal. Suruh bungkus sahaja pizza yang dipesan kerana mood anak-anak nak makan dah rosak. Pelanggan sekeliling semuanya mencuka kerana servis yang sangat lambat. Meja di belakang dah kosong. Kesian keluarga tersebut. Mereka hendak ke stesyen komuter. Tergesa-gesa si bapa meminta pekerja tersebut membungkus sahaja pizza mereka. Tapi, semasa saya membayar di kaunter si bapa tersebut masih menunggu pizzanya dibungkus. Sejam 10 minit. Pizza Hut cawangan ni sedang membuat rekod dunia agaknya. Saya dapati perkhidmatan restoran makanan segera antarabangsa di Malaysia semakin merosot kualiti khidmat pelanggannya.  Mungkin masalah inisesuai untuk kajian PhD . Ada yang berminat?

Pentaksiran Bilik Darjah

  Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...