Friday, 26 October 2012

SELAMAT HARI RAYA

Selamat menjalankan ibadah korban.

Wednesday, 17 October 2012

Virtual Library/Perpustakaan Maya

Apa khabar mahasiswa Masters, Sarjana, Doktor Falsafah, PhD dan yang sewaktu dengannya? Ramai mahasiswa baharu yang  sedang bergelut untuk mencari bahan dan artikel untuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Zaman kita di universiti 10 ke 20 tahun yang lalu amat berbeza dengan hari ini. Dahulu kita terpaksa mencari jurnal di perpustakaan tetapi kini di rumah pun sudah boleh membaca jurnal terkini. Gunakan laman web perpustakaan universiti masing-masing. Dengan percuma kita boleh mengakses jrunal-jurnal yang tersimpan di EBCOHOST, SAGE, EMERALD dan sebagainya. Tesis masters dan PhD yang lengkap pun ada. UPSI gunakan EZProxy. Universiti lain kenalah tanya kawa-kawan senasib. UUM murah hati berbanding universiti yang lain. Tesis UUM memang boleh kita download. Universiti lain belum percaya dengan kita agaknya. (Takut kita meniru?) Mungkin.

Wednesday, 10 October 2012

Buat Tugasan di Ruang Menunggu Servis UMW Toyota

Sambil menunggu kereta diservis, saya duduk di ruang menunggu. Bawa laptop hari ni. Selalunya saya balik ke rumah dan ambil kereta sebelah petang kerana terlalu lama menanti di sini. Ada kemudahan wifi Streamyx tetapi hari ini tiada liputan. Bos UMW tolong tengok sikit. Kepuasan pelanggan no. 1. Betul tak?

Tuesday, 9 October 2012

Carta Gantt Untuk Menyiapkan Tesis PhD

Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok.

Cubalah ubahsuai mana yang patut supaya serupa macam carta gantt perancangan untuk Grad On Time (GOT). Harap dapat membantu akawan-kawan.



Semester
1
Pembacaan latar belakang
1
2
Pemahaman literatur
1
3
Draf kertas usulan
1
4
Pemurnian Bab 1-3
2
5
Bentang Usulan
2
6
Pemantapan Bab 1-3
2
7
Penyediaan instrumen kajian
2
8
Menjalankan kajian rintis
2
9
Analisis data dan laporan Kajian Rintis
2
10
Pemantapan Instrumen
2
11
Penyediaan bahan, surat untuk kajian lapangan
3
12
Kajian lapangan
3
13
Memasukkan data kajian
3
14
Membersihkan data kajian
3
15
Menganalisis data kajian
3
16
Laporan dapatan  kajian
4
17
Menjalankan temubual
4
18
Menganalisis data temubual
4
19
Membentang kemajuan
5
20
Draf awal tesis
5
21
Bentang pemantapan kajian
6
22
Draf muktamad untuk pemeriksaan
6
23
Pembetulan/Perubahan terakhir
6
24
Penyerahan tesis muktamad
6

PUSAT SUMBER FAKULTI PENDIDIKAN UKM

Hari ini saya ke Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM. Terkejut sedikit hari ini sebaik saya memohon izin di kaunter. Saya beritahu pegawai di kaunter saya bukan pelajar UKM tetapi datang untuk membuat rujukan kerana bahan yang saya cari ada di sini.

"Ada bawa surat," tanya pegawai itu.
"Tak ada," cepat saya menjawab.

Dia dengan lembut menjelaskan bahawa pelajar bukan dari UKM tidak dibenarkan masuk kerana ada satu peristiwa sebelum ini apabila penyelaras datang dan "bising-bising" tentang ramai "orang luar" di dalam pusat sumber mereka. (Kalau ada yang tahu cerita ini tolong betulkan fakta ini.) Hi hi hi.

Monday, 8 October 2012

Perpustakaan EPRD KPM

Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunter tolong carikan tesis. Sekarang dah boleh mencari sendiri di rak. Tahniah. Satu kemudahan untuk kami pelajar siswazah. Apabila  dah boleh menjelajah ke rak. Barulah terjumpa tesis-tesis 2011 dan tesis kawan-kawan yang pernah ke universiti luar negeri. Ramai juga pelajar siswazah berkampung di sana. Ada yang dari UMS.

Friday, 5 October 2012

Selamat Memulakan Perjalanan buat pelajar Masters dan PhD

Selamat memulakan pengajian kepada pelajar-pelajar masters dan PhD di seluruh Malaysia. Jika anda ada akaun FB, bolehlah menyertai Doctorate Support Group (DSG). Ramai penasihat yang selalu membantu pelajar-pelajar PhD. Group yang menarik untuk berkongsi pengalaman dan masalah. Antara yang aktif memberi bantuan ialah Prof. Dr.T. Ramaiah dari USM, Dr. OT dan ramai lagi. Bulan lepas saya menyertai bengkel kualitatif di Seremban menggunakan Nvivo. Penceramah Dr. Kamarul dari UTM memang hebat. Berbaloi dua hari di sana.

Teori Komunikasi

  Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...