Thursday, 29 November 2012

Peringatan

LegoLand : RM 140.00 >> xpe bayar mahal, cari pengalaman kan

Sunway Lagoon : RM 50 >> xpe bayar mahal, sekali sekala release tension

Teater : RM 150.00 >> bukan selalu pun, cerita tu best sangat

Langkawi : RM 1000 >> setahun sekali jer, xpe lah habiskan duit

Majlis makan amal : RM 50 >> mahalnya! aku nk bawa bekas, tapau makanan, baru berbaloi...

Derma anak yatim : RM 5 >>> xleh bagi banyak.. ntah2 diorang tipu

Emmm.. Masjid? Ada setiap minggu masa sembahyang Jumaat kita sedekah RM1? (itu pun cume seringgit)

~*** Fikir-fikirkan dan selamat beramal....

Monday, 5 November 2012

Penempatan Selepas Tamat Cuti Belajar

Baru berbual tentang penempatan selepas cuti belajar PhD dengan seorang rakan yang akan kembali ke bekerja pada bulan depan. Dia meluahkan rasa terkejutnya apabila sukar untuk kembali ke tempat lama kerana beberapa prosedur yang hebat. Untuk proses penempatan beberpaa proses perlu dilalui oleh bekas penerima biasiswa PhD ini. Dia perlu ke IPG lamanya untuk mendapat pengesahan daripada pengarah IPG yang memang tak mengenalinya kerana dia keluar sebelum pengarah baharu ini masuk. Bahagian sumber perlukan perakuan daripada pengarah untuk mengetahui kekosongan perjawatan. Selepas ini dia perlu ke pejabat Rektor di Cyberjaya pula untuk perakuan kedua. Selepas itu ke Bahagian Tajaan di Cyberjaya. nasib baik tak jauh. Selepas itu ke bahagian sumber di Putrajaya. Selepas itu barulah tahu tempat penempatan. Jika selesai dalam masa yang ditetapkan. Jika tidak esok datang semula. Saya cadangkan agar dia sediakan surat rayuan sebelum berjumpa Pengarah tu. Perghhh. Rasanya dua tahun lagi saya juga akan menghadapi perkara yang sama. Tahan sajaaa.

Have just talked about the placement after PhD study leave with a friend who will return to work next month. He expressed his surprise when it is difficult to go back to the old place for a great number of procedures. For placement process several processes have to go through this PhD scholarship holders. He needs to IPG ever to get confirmation from the director who really do not know him IPG as he came out before the new director in. Division of Human Resources require recommendation from the director to find out the vacancy positions. After this he needs to Rector office in Cyberjaya turn to the second recommendation. After that the Sponsorship Division at Cyberjaya. fortunately not far. After that to Putrajaya. After it was know the place placement. If done in a timely manner. Otherwise come back tomorrow. I suggest that he prepared a letter before the meet director of  IPG. Perghhh. It feels like another two years I will be facing the same thing. (Oleh sebab dah ada orang Amerika rajin baca blog ni saya sertakan terjemahan daripada Google translator) Hi hi hi. kalau faham kira oklah tu.

Sunday, 4 November 2012

Pizza Hut Delivery (PHD jugak)

Ingat PHD ingat Pizza Hut Delivery. Singkatan yang sama. Nak cerita sikit pengalaman di Pizza Hut. Semalam, selepas menyaksikan Graduation Day Kimi pusat beli-belah terkenal di Seremban, kami terus mencari tempat duduk di Pizza Hut. Seperti biasa anak-anak akan meminta menu yang sama. Hampir setengah jam barulah pizza yang dipesan sampai. Bread stick sejam baru sampai. Nasib baik Hut Platter, air dan sup dah sampai awal. Suruh bungkus sahaja pizza yang dipesan kerana mood anak-anak nak makan dah rosak. Pelanggan sekeliling semuanya mencuka kerana servis yang sangat lambat. Meja di belakang dah kosong. Kesian keluarga tersebut. Mereka hendak ke stesyen komuter. Tergesa-gesa si bapa meminta pekerja tersebut membungkus sahaja pizza mereka. Tapi, semasa saya membayar di kaunter si bapa tersebut masih menunggu pizzanya dibungkus. Sejam 10 minit. Pizza Hut cawangan ni sedang membuat rekod dunia agaknya. Saya dapati perkhidmatan restoran makanan segera antarabangsa di Malaysia semakin merosot kualiti khidmat pelanggannya.  Mungkin masalah inisesuai untuk kajian PhD . Ada yang berminat?

Teori Komunikasi

  Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...