Saturday, 10 August 2013
Pomodoro
Mengurus masa memerlukan ilmu. Jadi saya ingin berkongsi sedikit tentang penggunaan teknik Pomodoro Dalam kita mengurus masa sebagai seorang penyelidik. Teknik Pomodoro Akan membantu kita mengurus masa dengan baik. Cuba google pomodoro. Cubalah.
Thursday, 1 August 2013
Temuduga HLP 2014
Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon layak temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2014 boleh mula disemak mulai 1 Ogos 2013 ( Khamis ) di laman sesawang KPM http://apps.moe.gov.my/ehlp/temuduga
Terima kasih.
Saturday, 30 March 2013
Model-model Pengurusan dan Kepimpinan
Saya mendapat banyak manfaat selepas menemui laman web ini http://www.12manage.com/
Tak salah kalau sahabat ingin merujuk. Silakan.http://www.12manage.com/
Tak salah kalau sahabat ingin merujuk. Silakan.http://www.12manage.com/
Sunday, 27 January 2013
Kursus Persediaan HLP/CBBPTB
Selamat berkursus kepada semua rakan guru yang mendapat HLP dan CBBPTB di BTP Johor bahru. Kumpulan pertama yang menerima latihan 3 minggu sebelum bercuti belajar bergaji penuh. Selamat menimba ilmu.
Wednesday, 2 January 2013
AES
Senyap sekejap AES. Husin jiran saya beritahu dia dah kena saman tapi tak payah bayar. Betul ke?
http://www.drivesafe.my/bm/?page_id=26
Portal ini mengandungi makluamt tentang AES.
http://www.drivesafe.my/bm/?page_id=26
Portal ini mengandungi makluamt tentang AES.
Borang PSD 6/93
Kawan-kawan yang sedang cuti belajar. HLP, CBBPTB, tanpa gaji, separuh gaji lebih 180 hari 2012 jangan lupa melengkapkan borang ini untuk pergerakan gaji 2013. Sebelum 15 jan 2013 mengikut surat siaran di web KPM. Jangan lupa. Saya sedang menyiapkan borang-borang yang perlu dilengkapkan. Tahniah kepada kawan-kawan yang sudah melapor diri semula dan tamat pengajian dengan jayanya. Ada yang dah mula dipanggil Doktor oleh kawan-kawan.
Tuesday, 1 January 2013
Hari Pertama Hakimi ke Sekolah
Hari ini berpelauang menghantar anak mendaftar ke Tahun 1. Ada yang menangis. Ada yang berani. Nak tergelak melihat keletah anak-anak kecil. Seorang kawan yang baru pertama kali menyekolahkan anak kelihatan begitu teruja. "Sampai balik nak tunggu", katanya. Bagi yang dah lima kali menghantar anak ke Tahun 1 macam saya tetap teruja kerana lain anak lain ragamnya. Alhamdulillah Hakimi seorang yang selamba. Balik sendiri dengan van sekolah. Ujian saya hari ini berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teori Komunikasi
Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunt...