Tuesday, 8 September 2015

Sedikit tips untuk pelajar PhD: #Tips no 1. Betulkan niat

Selamat berjumpa kembali. Dah lama tak menjengah ke sini. PhD saya dah hampir ke penghujungnya. Cuti tinggal lagi 3 minggu dan persediaan untuk previva dan viva sedang diusahakan. Melalui detik-detik perjalanan yang panjang menyiapkan kajian sehingga rumusan dan kesimpulan adakalanya manis dan adakalanya masin dan masam. He he,.

Saya terfikir untuk berkongsi dengan tuan/puan yang secara tidak sengaja terjumpa blog saya ini.
Sedikit tips untuk pelajar PhD. Tajuk yang sesuai rasanya.

Hari ini saya berikan tips yang pertama.

BETULKAN NIAT

Niat kita buat PhD?
Ada yang tak tahu?
Biasalah tu.
Macam-macam jawapan yang akan tuanpuan berikan.
Kerana kerjaya, kawan, kepuasan individu, cita-cita sejak kecil(hebat ni), dicabar oleh persekitaran, kecewa cinta, merajuk kerana kerja, peluang tak jangka, dsb. Banyak lagi.
Selepas saya mengikuti kursus persediaan di Port Dickson saya masih belm jelas dengan niat walaupun penceramah tu begitu bersemangat menerangkan tentang niat buat PhD.
Selepas melalui perjalanan yang panjang ini di pertengahn jalan barulah saya faham apa yang dicertakan oleh penceramah. TQVM tuan Dr.

Betulkan niat kita. Sama seperti kita nak menderma di surau atau kepada sesiapa sahaja. Kalau niat kita nak menunjuk-nunjuk dapatlah markah 0 untuk pahala.
Perkataan yang paling kerapa diulang semasa ceramah 3 tahun yang lalu ialah ikhlas kerana Allah.
Tinggi makamnya kata kawan-kawan saya.

Niat yang paling bahaya semasa ingin membuat phD ialah ialah nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Panggil aku Dr lepas siap nanti. Memang sah tak ada ikhlas dalam jiwa dah tu. Orang yang dapat juga PhD walaupun niat dia begitu ustaz Khusairi kata namanya dia dah dapat Istidraj.(Cuba google maksudnya) Janganlah kita tergolong dalam kalangan mereka.

Betulkan niat kita. Mudah sahaja. Niatlah kerana ilmu. Saya yakin tuanpuan akan berjaya. Buanglah semua niat yang berada dalam kelompok negatif.
Tetapkan matlamat dengan ikhlas. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa ada bersama kita.
Antara perkara yang di luar jangkaan dalam perjalanan kita nanti ialah kita dipermudahkan dalam segala aspek.

Kalau tak dapat juga. Cuba semak semula niat anda.

Biarlah apa orang nak kata.


Tuesday, 27 January 2015

Blog Statistik Yang Berguna

Saya cuba meneroka beberapa blog yang membincangkan statistic dalam pendidikan. Blog Cikgu Amirul antara yang mudah untuk difahami selain Dr Ot dll. Cubalah.


https://cikguamirul.files.wordpress.com/2014/05/contoh-pelaporan.pdf

Thursday, 8 January 2015

Teknik Mudah Cetak Sijil-Sijil Program

Blog yang bagus. Tips untuk mencetak sijil yang memang tak banyak diketahui oleh PGS kita.

http://www.cikguik.com/teknik-mudah-cetak-sijil-sijil-program.html

Teori Komunikasi

  Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...