Selepas melalui detik-detik didesak bertubi-tubi ketika mempertahankan tesis PhD. Akhirnya saya mendengar satu ayat yang terindah dan paling melapangkan dada.
Alhamdulillah saya telah lulus VIVA VOICE.
Masih terngiang-ngiang di telinga pada pukul 5.05 petang. Pengerusi JK Mesyuarat VIVA menyebut nama saya.
"Tahniah, JK telah membuat keputusan dan encik telah lulus dengan pembetulan sederhana selama enam bulan. Tahniah."
Saya melihat mata kedua-dua penyelia saya berkaca. Gembira terpancar di wajah mereka. Saya cuba bertenang. Mencapai pen. Mencatat keputusan tersebut di buku nota saya.
Tidak tergambar kepuasannya. Alhamdulillah. Sempat kami berfoto kenang-kenangan,
Perjalanan ini memang terindah. Saya terus menelefon isteri tersayang.Foto bersama SV dan pemeriksa terus saya mesejkan kepada isteri saya dan kawan-kawan terdekat. Saya kongsikan kepada kawan sejabatan melalui whatsapp. Bertalu-talu mesej whatsapp masuk. Cepat sungguh berita tersebar. Alhamdulillah.
Pegawai dari IPS terus menerangkan kepada saya prosedur seterusnya untuk layak bergraduat. 6 bulan sekejap sahaja rasanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teori Komunikasi
Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunt...