Thursday, 16 November 2017
GAMBAR KONVO
Baru terima gambar konvo selepas 3 minggu berkonvokesyen. Nasib baik kali gambar cantik sikit berbanding semasa first degree. Mulalah letak gambar sebagai gambar latar belakang komputer, laptop, handset dan mana ajer tempat yang boleh. Gambar mengambil ijazah daripada Tuanku Permaisuri Perak tanda kenangan bahawa saya telah melalui satu perjalanan yang panjang untuk menyiapkan PhD ini. Gambar dan ijazah ini hanya permukaan tanda kegembiraan. Di sebalik tabir hanya yang melaluinya sahaja yang tahu. TAHNIAH kepada semua kawan-kawan seramai 101 orang yang sama-sama berkonvokesyen di UPSI.
Tuesday, 26 September 2017
KONVOKESYEN DI UPSI 24 OKT 2017
Akhirnya saat yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar PhD telah tiba. Selepas tamat pengajian dan lulus VIVA, baiki tesis, jilid kulit keras dan hantar ke IPS. Sampai masanya untuk KONVOKESYEN. Tahniah kepada semua kawan-kawan yang akan naik ke pentas menerima skrol PhD sambil berjubah akademik dan ber'bannet'.
Hari ini menerima emel daripada IPS . Sila rujuk portal http://konvokesyen.upsi.edu.my/ untuk mengesahkan kehadiran anda ke Majlis konvokesyen kali ke-19 Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tanggal 24 Oktober 2017. Tanpa berlengah saya memberi maklum balas. HADIR. Jubah saiz XL.(ragu2, betul ke boleh muat ni).
Saya cetak semua borang yang diperlukan. Borang tempahan jubah. Surat jemputan. Resit bayaran RM200.00 (mahal juga nak konvo ni).
Boleh bawa 5 orang ahli keluarga. Teringat pulak kena sewa homestay atau hotel. Bagus portal akademik UPSI ni siap beri senarai hotel dan homestay. call satu2 semua dah penuh. Wah ramai yang dah tahu lebih awal rupanya. Dapat juga akhirnya hotel kat Tg Malim.
Alhamdulillah. Itu yang ingin saya ucapkan. Terima kasih abah, emak, my lovely wife, anak-anak yang bertujuh, adik beradik, anak2 buah, biras, ipar, kawan2, jiran-jiran, bos2 semenjak cuti dan sekarang. Kepada Dr Zahari supervisor paling cool di Malaysia. Terima kasih. Budi tuan tak terbalas rasanya.
Lagi sebulan. Alhamdulillah.

Monday, 16 January 2017
Pinjaman ebuku di Perpustakaan Negara Malaysia
Untuk makluman semua, Perpustakaan Negara Malaysia telah melancarkan portal untuk kita membaca buku dan meminjam e-buku secara online. Inisiatif yang sangat baik untuk kita.
Cuba capai melalui link berikut
http://www.pnm.elib.com.my/
Cuba capai melalui link berikut
http://www.pnm.elib.com.my/
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teori Komunikasi
Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunt...