Semenjak menjadi pegawai meja LCML saya telah berkesempatan mengandalikan Kolokium peringkat kebangsaan pada tahun lepas. 4 pembentang amatur yang telah berjaya kami bimbing dan membuat pembentangan. Alhamdulillah mereka telah berjaya membentang dengan baik dan menarik banyak perhatian. Pn Yong salah seorang pembentang telah saya hubungi untuk membentang dalam Seminar Nasional Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan ke-25 di IAB pada 3-5 Julai 2018. Sekali lagi pembentang yang kami biombing telah berjaya menarik perhatian ramai. minggu lepas saya menhadiri mesyuarat post mortem dan mendapat makluman bahawa skor kepuasan pelanggan yang diperolehi beliau sangat tinggi berabnding pembentang yang lain.
Saya mula mencabar beliau untuk membentang dalam siri Kolokium dan Seminar yang lain di dalam dan luar negara. nampaknya beliau menyahut cabaran ini. Alhamdulillah ada 3 lagi seminar yang akan pasukan kami hadir sebagai pembentang selepas abstrak telah diterima oleh penganjur. Tunggu sahaja pembentangan tentang WALKS. Hasil inovasi Pn Yong dari SMK Tun Mutahir Melaka. Saya cuba membantu untuk mengakademikkan kertas pembentangan tersebut. Saya cuba kongsikan power point seminar yang telah beliau bentangkan.
https://drive.google.com/file/d/1Kn7PGeyJjHUsnCrYWpBkmWjmutw_BJU2/view
Sunday, 22 July 2018
Thursday, 22 February 2018
PhD: Teruskan selagi mampu
Seorang rakan baru sahaja habis bercuti datang bersembang. Dia masih belum selesai dan tak dapat menyambung cuti belajar. Saya kurangkan pertanyaan tentang tesisnya dan perkembangan penulisannya. Saya dapat memahami bagaimana perasaan mereka. soalan tentang tesis adalah sensitif bagi yang telah masuk semula bekerja dan penulisan masih belum selesai. saya telah melaluinya. saya selesai praviva seleaps dua minggu masuk bekerja. Jadi saya kurang tertekan dengan soalan. dah habis ke Dr?
Saya sempat berbual tengahari semalam dengan rakan yang masuk kerja hampir stahun. Saya tanya tentang tesisnya. Sebelum dia menjawab saya terus beri kata-kata semangat. Take your time. It's your thesis. He he. Motivation of the day. Jangan patah semangat teruskan mencuba. biar menyesal buat Phd jangan menyesal tak buat PhD masa dah tua nanti. Ingat rezeki Allah maha luas. PhD adalah rezeki. Kalau dah rezeki kita takkan ke mana. Cepat atau lambat biarlah Allah yang tentukan. Mungkin banyak hikmah di sebaliknya.

Tuesday, 2 January 2018
Selepas mendapat PhD
Saya dah lama tak menulis. tiba-tiba dapat peluangpagi ini. Hari pertama masuk kerja selepas cuti 2 minggu. Ada baki 13 hari lagi cuit bawa ke 2018. 48 hari cuti tahun 2018 ni. 2017, tahun yang sangat sibuk. Menyiapkan pembetulan tesis sebelum hujung Julai 2017, menjadi pegawai meja kursus LCML dan banyak lagi yang tak tercatat.
Selepas 2 bulan 8 hari saya berkonvo dan mendapat ijazah PhD. Saya mula terfikir. Soalan yang mula bermain dalam benak dan fikiran saya.
Lepas dapat PhD. So what next?
Tercakap orang putih pulak.
Saya dah mula terfikir untuk meneruskan semangat seperti semasa kembara PhD dulu.
MENULIS.
Saya mula terfikir betapa pada masa itu saya dapat meluangkan masa setiap hari menulis. Walaupun sebaris ayat. Sedang terfikir untuk melebarkan lagi cakupan penulisan.
Ada yang meminta saya menulis tentang research dan statistik. Saya beritahu kawan-kawan tersebut. Itu bukan bidang kecintaan saya. He he he. Itu bidang keterpaksaan. He he.
Cuma tahun 2018 ni terlalu banyak juga aktiviti dalam takwim pejabat saya ni. Saya masih memegang meja LCML. Memegang meja? Jadi pegawai meja 'desk officer'. 27 kursus perlu saya kendalikan. pesertanya pula dah mula semakin besar skopnya. Dari sekolah asalnya untuk KP dan GKMP tapi dah berkembang pula ke ppd, jpn dan KPM. Perghh.
Ada ke masa nak menulis ni? ( Dah mula negatif)
Ok. Lepas ni saya akan cuba menulis. catat apa saja di sini. Bacalah kalau sudi. Tak baca pun tak ada masalah. he he

Subscribe to:
Posts (Atom)
Teori Komunikasi
Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunt...