Saya dah lama tak menulis. tiba-tiba dapat peluangpagi ini. Hari pertama masuk kerja selepas cuti 2 minggu. Ada baki 13 hari lagi cuit bawa ke 2018. 48 hari cuti tahun 2018 ni. 2017, tahun yang sangat sibuk. Menyiapkan pembetulan tesis sebelum hujung Julai 2017, menjadi pegawai meja kursus LCML dan banyak lagi yang tak tercatat.
Selepas 2 bulan 8 hari saya berkonvo dan mendapat ijazah PhD. Saya mula terfikir. Soalan yang mula bermain dalam benak dan fikiran saya.
Lepas dapat PhD. So what next?
Tercakap orang putih pulak.
Saya dah mula terfikir untuk meneruskan semangat seperti semasa kembara PhD dulu.
MENULIS.
Saya mula terfikir betapa pada masa itu saya dapat meluangkan masa setiap hari menulis. Walaupun sebaris ayat. Sedang terfikir untuk melebarkan lagi cakupan penulisan.
Ada yang meminta saya menulis tentang research dan statistik. Saya beritahu kawan-kawan tersebut. Itu bukan bidang kecintaan saya. He he he. Itu bidang keterpaksaan. He he.
Cuma tahun 2018 ni terlalu banyak juga aktiviti dalam takwim pejabat saya ni. Saya masih memegang meja LCML. Memegang meja? Jadi pegawai meja 'desk officer'. 27 kursus perlu saya kendalikan. pesertanya pula dah mula semakin besar skopnya. Dari sekolah asalnya untuk KP dan GKMP tapi dah berkembang pula ke ppd, jpn dan KPM. Perghh.
Ada ke masa nak menulis ni? ( Dah mula negatif)
Ok. Lepas ni saya akan cuba menulis. catat apa saja di sini. Bacalah kalau sudi. Tak baca pun tak ada masalah. he he
Tuesday, 2 January 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teori Komunikasi
Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunt...