Semenjak menjadi pegawai meja LCML saya telah berkesempatan mengandalikan Kolokium peringkat kebangsaan pada tahun lepas. 4 pembentang amatur yang telah berjaya kami bimbing dan membuat pembentangan. Alhamdulillah mereka telah berjaya membentang dengan baik dan menarik banyak perhatian. Pn Yong salah seorang pembentang telah saya hubungi untuk membentang dalam Seminar Nasional Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan ke-25 di IAB pada 3-5 Julai 2018. Sekali lagi pembentang yang kami biombing telah berjaya menarik perhatian ramai. minggu lepas saya menhadiri mesyuarat post mortem dan mendapat makluman bahawa skor kepuasan pelanggan yang diperolehi beliau sangat tinggi berabnding pembentang yang lain.
Saya mula mencabar beliau untuk membentang dalam siri Kolokium dan Seminar yang lain di dalam dan luar negara. nampaknya beliau menyahut cabaran ini. Alhamdulillah ada 3 lagi seminar yang akan pasukan kami hadir sebagai pembentang selepas abstrak telah diterima oleh penganjur. Tunggu sahaja pembentangan tentang WALKS. Hasil inovasi Pn Yong dari SMK Tun Mutahir Melaka. Saya cuba membantu untuk mengakademikkan kertas pembentangan tersebut. Saya cuba kongsikan power point seminar yang telah beliau bentangkan.
https://drive.google.com/file/d/1Kn7PGeyJjHUsnCrYWpBkmWjmutw_BJU2/view
Sunday, 22 July 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teori Komunikasi
Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunt...