Akhirnya saat yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar PhD telah tiba. Selepas tamat pengajian dan lulus VIVA, baiki tesis, jilid kulit keras dan hantar ke IPS. Sampai masanya untuk KONVOKESYEN. Tahniah kepada semua kawan-kawan yang akan naik ke pentas menerima skrol PhD sambil berjubah akademik dan ber'bannet'.
Hari ini menerima emel daripada IPS . Sila rujuk portal http://konvokesyen.upsi.edu.my/ untuk mengesahkan kehadiran anda ke Majlis konvokesyen kali ke-19 Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tanggal 24 Oktober 2017. Tanpa berlengah saya memberi maklum balas. HADIR. Jubah saiz XL.(ragu2, betul ke boleh muat ni).
Saya cetak semua borang yang diperlukan. Borang tempahan jubah. Surat jemputan. Resit bayaran RM200.00 (mahal juga nak konvo ni).
Boleh bawa 5 orang ahli keluarga. Teringat pulak kena sewa homestay atau hotel. Bagus portal akademik UPSI ni siap beri senarai hotel dan homestay. call satu2 semua dah penuh. Wah ramai yang dah tahu lebih awal rupanya. Dapat juga akhirnya hotel kat Tg Malim.
Alhamdulillah. Itu yang ingin saya ucapkan. Terima kasih abah, emak, my lovely wife, anak-anak yang bertujuh, adik beradik, anak2 buah, biras, ipar, kawan2, jiran-jiran, bos2 semenjak cuti dan sekarang. Kepada Dr Zahari supervisor paling cool di Malaysia. Terima kasih. Budi tuan tak terbalas rasanya.
Lagi sebulan. Alhamdulillah.
Tuesday, 26 September 2017
Monday, 16 January 2017
Pinjaman ebuku di Perpustakaan Negara Malaysia
Untuk makluman semua, Perpustakaan Negara Malaysia telah melancarkan portal untuk kita membaca buku dan meminjam e-buku secara online. Inisiatif yang sangat baik untuk kita.
Cuba capai melalui link berikut
http://www.pnm.elib.com.my/
Cuba capai melalui link berikut
http://www.pnm.elib.com.my/
Saturday, 24 December 2016
TAHNIAH untuk diri sendiri. Saya telah lulus VIVA.
Selepas melalui detik-detik didesak bertubi-tubi ketika mempertahankan tesis PhD. Akhirnya saya mendengar satu ayat yang terindah dan paling melapangkan dada.
Alhamdulillah saya telah lulus VIVA VOICE.
Masih terngiang-ngiang di telinga pada pukul 5.05 petang. Pengerusi JK Mesyuarat VIVA menyebut nama saya.
"Tahniah, JK telah membuat keputusan dan encik telah lulus dengan pembetulan sederhana selama enam bulan. Tahniah."
Saya melihat mata kedua-dua penyelia saya berkaca. Gembira terpancar di wajah mereka. Saya cuba bertenang. Mencapai pen. Mencatat keputusan tersebut di buku nota saya.
Tidak tergambar kepuasannya. Alhamdulillah. Sempat kami berfoto kenang-kenangan,
Perjalanan ini memang terindah. Saya terus menelefon isteri tersayang.Foto bersama SV dan pemeriksa terus saya mesejkan kepada isteri saya dan kawan-kawan terdekat. Saya kongsikan kepada kawan sejabatan melalui whatsapp. Bertalu-talu mesej whatsapp masuk. Cepat sungguh berita tersebar. Alhamdulillah.
Pegawai dari IPS terus menerangkan kepada saya prosedur seterusnya untuk layak bergraduat. 6 bulan sekejap sahaja rasanya.

Tuesday, 29 March 2016
Ingin dapatkan tesis online?
Cuba tengok website sahabat kita ini.
http://smileportfolio.blogspot.my/2015/10/list-of-websites-to-download-free-Masters-PhD-thesis-dissertation.html
Sunday, 27 March 2016
PEMAKAIAN TANDA NAMA NAME TAG BAGI PEGAWAI KERAJAAN
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada name tag. Nampaknya kita kena merujuk pekeliling ini sebeblum kita menempah name tag baru. Malu pulak rasanya apabila terjumpa seorang pegawai SIP di PPD menggunakan name tag Dr. dot dot. Bacalah pekeliling ini untuk pencerahan dan tidak membazir duit
http://www.mampu.gov.my/documents/10228/15822/spa081983.pdf/0f201696-a6f9-430d-8136-64bbd2d66ea9
SURAT PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 1983
Pemakaian Tanda Nama Adalah diperhatikan bahawa semenjak kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun memakai tanda nama sebagai satu daripada usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam khasnya dalam bidang perhubungan awam, berbagai cara dan warna telah digunakan.
2. Untuk menyeragamkan pemakaian dan penggunaan tanda nama ini, peraturanperaturan berikut hendaklah di ikuti:-
(a) semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih berlatarbelakangkan hitam dan berukuran 7.5cm x 2.5 cm seperti contoh yang dilampirkan,
(b) hanya satu nama sahaja digunakan,
(c) tidak ada had huruf dan sais yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke dalam ukuran tanda nama yang telah ditetapkan,
(d) gelaran-gelaran darjah kebesaran, keturunan, ‘profesion’, akademik atau ‘initial’ tidak boleh dituliskan,
(e) nama jawatan dan logo Jabatan juga tidak harus dimasukkan dalam tanda nama berkenaan, jabatan-jabatan yang hendak menggunakan logo Jabatan, ianya hendaklah diadakan secara berasingan dari tanda nama,
(f) tanda nama hendaklah disematkan dibaju di dada sebelah kiri, dan
(g) tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.
3. Pesanan permulaan bagi anggota Jabatan-jabatan yang baru sahaja hendak menggunakan tanda nama dan bagi Jabatan-jabatan yang terpaksa menukar tanda nama bagi mengikut peraturan-peraturan yang tersebut di atas bolehlah dibuat dan dibayar daripada peruntukan Jabatan masing-masing. Bagi menggantikan tanda nama yang rosak atau hilang mereka yang berkenaan hendaklah membayarnya sendiri.
4. Perubahan kepada tanda nama yang seragam ini bolehlah dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan jabatan masing-masing. Dengan ini adalah diharapkan tidak lagi timbul kekeliruan berkenaan dengan penggunaan dan pemakaian tanda nama.

Saturday, 19 March 2016
Lets give
<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/1DUYlHZsZfc" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
A very good video from Singapore to watch and think. A more we give is a more we happy. A very heart touched short film.
Being rich is not about how much you have, it's how much you give
<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/1DUYlHZsZfc" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>.
A very good video from Singapore to watch and think. A more we give is a more we happy. A very heart touched short film.
Being rich is not about how much you have, it's how much you give
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pentaksiran Bilik Darjah
Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...