Wednesday, 8 April 2020

CERTIFIED EDUCATOR DAN CERTIFIED TEACHER

1. Semenjak Covid19 menyerang ramai yang duduk di rumah kerana PKP. Dah masuk 21 hari. Masa menghadap komputer makin banyak walaupun kerja tertunggak sebelum PKP banyak. Saya melihat satu trend baru muncul iaitu pembelajaran atas talian. Ramai yang mula perasan wujudnya satu kumpulan Certified Trainer dalam kalangan guru yang memiliki Certified Google Educator, Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE)  dan Google Certified Teacher. Kumpulan ini memang aktif sebelum ini tetapi semnejak PKP mereka semakin aktif menyediakan pelbagai latihan dalam talian dan Webinar. Istilah-istilah pembelajaran dalam talian semakin dihafal oleh guru-guru seluruh Malaysia. Nampaknya aktiviti pembelajaran online semakin rancak.

2. Ramai yang tanya saya bagaimana nak dapatkan sijil certified ini?

Jawapannya tuan/puan perlu mencari dalam google tentang perkara ini. Saya akan berikan link untuk ketiga-tiga program ini.

Cikgu yang ada gmail dan suka guna google dan Google Educator boleh dapatkan maklumat dari portal berikut: https://teachercenter.withgoogle.com/certification

Yang ada akaun outlook dan suka dengan MSOffice 365 boleh cuba Microsoft Educator di sini: https://education.microsoft.com/en-us

dan untuk cikgu-cikgu yang menggunakan peranti Apple pula boleh cuba link berikut:
https://appleteacher.apple.com/#/home/profile/info

3. Soalan yang ini saya susah sikit nak jawab, yang mana satu baik?

Jawapan saya tepuk dada tanya selera.

Sebenarnya guru-guru di Malaysia  dah ada kumpulan yang mempromosikan perkara ini. Cuba google. Ada Edidik , Digital Classroom https://www.digitalclassroom.my/, Rumahkod https://www.facebook.com/rumahkod/videos/737103536804255/ banyak lagi.
Ada yang menawarkan latihan, bootcamp dsb. Mereka aktif dalam facebook dan Telegram. 3 syarikat besar ini pun dah mula aktif mempromosi program mereka. Faham-fahamlah orang meniaga.

Saya meramalkan pada masa depan kemahiran menggunakan alat-alat digital, e-pembelajaran, youtube , video dll akan menjadi kompetnesi wajib guru seluruh dunia. Cepat atau lambat. Kita tunggu sahaja.



Thursday, 2 January 2020

Saturday, 2 November 2019

SMART PhD

Tiba-tiba saya terjebak dengan Smart PhD UPSI.

Dr Rahayu Ketua Jabatan JAPES whatsapp saya minggu lepas.
"Boleh tak ajar buat proposal?"
"Boleh", saya jawab. Boleh ajer. Setakat ajar buat proposal.
"Ada 15 orang pensyarah nak buat Smart  PhD,"
Abis tu?" saya balas balik.
Tolong bimbing diorang 27 November ni."
"Nanti saya check dulu jadual saya. Minggu depan saya beri jawapan."
Ok. Saya tunggu."

Selasa lepas masuk kerja, saya terus explore apa dia Smart PhD ni.
Korek2 jumpalah sikit2 maklumatnya.

Pagi rabu saya whatsapp Dr Ayu.
Dah ada ke pensyarah nak ajar 27 ni?
Saya tunggu you
Ok, saya free masa tu, Jangan tukar tarikh ok.
Ok. Ya saya block jadual," jawab dia. Macam excited. Panjang betul whatsapp dia lepas tu.
HAri ni kenalah sediakan bahan2 nak ajar kawan2 27 Nov ni.
Biar menyesal buat buat jangan menyesal tak buat.
Falsasah saya ni nak kena ajar dulu. He he

Ini link berguna untuk yang dah terjebak...

http://www.ips.upsi.edu.my/smart-master-phd

https://7555a029-1c04-48c6-b7d0-b4c4b49c8941.filesusr.com/ugd/e9b64f_86f0d6f0d4e1407089aca8089e200c2d.pdf

https://7555a029-1c04-48c6-b7d0-b4c4b49c8941.filesusr.com/ugd/e9b64f_034329771b18449ebc597d72ff34d6f5.pdf

Saturday, 30 March 2019

Inovasi

Minggu ini berjaya menggondol pingat gangsa inovasi di isaid anjuran Uitm Kedah. Tahniah Pn Yong Raman inovator saya yang sangat enegertik. Tahun lepas berjaya dapat Gold Edunovation anjuran UKM. Dah dapat 2 pingat inovasi program pemantauan sekolah Walks. Terima kasih kpd Smk Tun Mutahir yang menjadi medan ujilari program ini.

Sunday, 22 July 2018

MEMBIMBING PEMBENTANG SEMINAR

Semenjak menjadi pegawai meja LCML saya telah berkesempatan mengandalikan Kolokium peringkat kebangsaan pada tahun lepas. 4 pembentang amatur yang telah berjaya kami bimbing dan membuat pembentangan. Alhamdulillah mereka telah berjaya membentang dengan baik dan menarik banyak perhatian. Pn Yong salah seorang pembentang telah saya hubungi untuk membentang dalam Seminar Nasional Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan ke-25 di IAB pada 3-5 Julai 2018. Sekali lagi pembentang yang kami biombing telah berjaya menarik perhatian ramai. minggu lepas saya menhadiri mesyuarat post mortem dan mendapat makluman bahawa skor kepuasan pelanggan yang diperolehi beliau sangat tinggi berabnding pembentang yang lain.

Saya mula mencabar beliau untuk membentang dalam siri Kolokium dan Seminar yang lain di dalam dan luar negara. nampaknya beliau menyahut cabaran ini. Alhamdulillah ada 3 lagi seminar yang akan pasukan kami hadir sebagai pembentang selepas abstrak telah diterima oleh penganjur. Tunggu sahaja pembentangan tentang WALKS. Hasil inovasi Pn Yong dari SMK Tun Mutahir Melaka. Saya cuba membantu untuk mengakademikkan kertas pembentangan tersebut. Saya cuba kongsikan power point seminar yang telah beliau bentangkan.

https://drive.google.com/file/d/1Kn7PGeyJjHUsnCrYWpBkmWjmutw_BJU2/view

Thursday, 22 February 2018

PhD: Teruskan selagi mampu

Seorang rakan baru sahaja habis bercuti datang bersembang. Dia masih belum selesai dan tak dapat menyambung cuti belajar. Saya kurangkan pertanyaan tentang tesisnya dan perkembangan penulisannya. Saya dapat memahami bagaimana perasaan mereka. soalan tentang tesis adalah sensitif bagi yang telah masuk semula bekerja dan penulisan masih belum selesai. saya telah melaluinya. saya selesai praviva seleaps dua minggu masuk bekerja. Jadi saya kurang tertekan dengan soalan. dah habis ke Dr?

Saya sempat berbual tengahari semalam dengan rakan yang masuk kerja hampir stahun. Saya tanya tentang tesisnya. Sebelum dia menjawab saya terus beri kata-kata semangat. Take your time. It's your thesis. He he. Motivation of the day. Jangan patah semangat teruskan mencuba. biar menyesal buat Phd jangan menyesal tak buat PhD masa dah tua nanti. Ingat rezeki Allah maha luas. PhD adalah rezeki. Kalau dah rezeki kita takkan ke mana. Cepat atau lambat biarlah Allah yang tentukan. Mungkin banyak hikmah di sebaliknya.

Tuesday, 2 January 2018

Selepas mendapat PhD

Saya dah lama tak menulis. tiba-tiba dapat peluangpagi ini. Hari pertama masuk kerja selepas cuti 2 minggu. Ada baki 13 hari lagi cuit bawa ke 2018. 48 hari cuti tahun 2018 ni. 2017, tahun yang sangat sibuk. Menyiapkan pembetulan tesis sebelum hujung Julai 2017, menjadi pegawai meja kursus LCML dan banyak lagi yang tak tercatat.

Selepas 2 bulan 8 hari saya berkonvo dan mendapat ijazah PhD. Saya mula terfikir. Soalan yang mula bermain dalam benak dan fikiran saya.

Lepas dapat PhD. So what next?

Tercakap orang putih pulak.

Saya dah mula terfikir untuk meneruskan semangat seperti semasa kembara PhD dulu.

MENULIS.

Saya mula terfikir betapa pada masa itu saya dapat meluangkan masa setiap hari menulis. Walaupun sebaris ayat. Sedang terfikir untuk melebarkan lagi cakupan penulisan.

Ada yang meminta saya menulis tentang research dan statistik. Saya beritahu kawan-kawan tersebut. Itu bukan bidang kecintaan saya. He he he. Itu bidang keterpaksaan. He he.

Cuma tahun 2018 ni terlalu banyak juga aktiviti dalam takwim pejabat saya ni. Saya masih memegang meja LCML. Memegang meja? Jadi pegawai meja 'desk officer'. 27 kursus perlu saya kendalikan. pesertanya pula dah mula semakin besar skopnya. Dari sekolah asalnya untuk KP dan GKMP tapi dah berkembang pula ke ppd, jpn dan KPM. Perghh.

Ada ke masa nak menulis ni? ( Dah mula negatif)

Ok. Lepas ni saya akan cuba menulis. catat apa saja di sini. Bacalah kalau sudi. Tak baca pun tak ada masalah. he he

Pentaksiran Bilik Darjah

  Bab 1: Konsep dan Prinsip Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1.1 Definisi dan Kepentingan Pentaksiran dalam Pembelajaran Pentaksiran dalam bi...