1. Semenjak Covid19 menyerang ramai yang duduk di rumah kerana PKP. Dah masuk 21 hari. Masa menghadap komputer makin banyak walaupun kerja tertunggak sebelum PKP banyak. Saya melihat satu trend baru muncul iaitu pembelajaran atas talian. Ramai yang mula perasan wujudnya satu kumpulan Certified Trainer dalam kalangan guru yang memiliki Certified Google Educator, Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE) dan Google Certified Teacher. Kumpulan ini memang aktif sebelum ini tetapi semnejak PKP mereka semakin aktif menyediakan pelbagai latihan dalam talian dan Webinar. Istilah-istilah pembelajaran dalam talian semakin dihafal oleh guru-guru seluruh Malaysia. Nampaknya aktiviti pembelajaran online semakin rancak.
2. Ramai yang tanya saya bagaimana nak dapatkan sijil certified ini?
Jawapannya tuan/puan perlu mencari dalam google tentang perkara ini. Saya akan berikan link untuk ketiga-tiga program ini.
Cikgu yang ada gmail dan suka guna google dan Google Educator boleh dapatkan maklumat dari portal berikut: https://teachercenter.withgoogle.com/certification
Yang ada akaun outlook dan suka dengan MSOffice 365 boleh cuba Microsoft Educator di sini: https://education.microsoft.com/en-us
dan untuk cikgu-cikgu yang menggunakan peranti Apple pula boleh cuba link berikut:
https://appleteacher.apple.com/#/home/profile/info
3. Soalan yang ini saya susah sikit nak jawab, yang mana satu baik?
Jawapan saya tepuk dada tanya selera.
Sebenarnya guru-guru di Malaysia dah ada kumpulan yang mempromosikan perkara ini. Cuba google. Ada Edidik , Digital Classroom https://www.digitalclassroom.my/, Rumahkod https://www.facebook.com/rumahkod/videos/737103536804255/ banyak lagi.
Ada yang menawarkan latihan, bootcamp dsb. Mereka aktif dalam facebook dan Telegram. 3 syarikat besar ini pun dah mula aktif mempromosi program mereka. Faham-fahamlah orang meniaga.
Saya meramalkan pada masa depan kemahiran menggunakan alat-alat digital, e-pembelajaran, youtube , video dll akan menjadi kompetnesi wajib guru seluruh dunia. Cepat atau lambat. Kita tunggu sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teori Komunikasi
Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunt...
No comments:
Post a Comment