Surah ini antara surah yang sedap diulang dengar setiap hari dalam bulan ramahan ini. Solat witir rakaat pertama untuk imam-imam yang pertama kali jadi imam tarawikh dalam PKP ini. Selamat menghafaz.
Tuesday, 28 April 2020
SURAH AL A'LA
Surah ini antara surah yang sedap diulang dengar setiap hari dalam bulan ramahan ini. Solat witir rakaat pertama untuk imam-imam yang pertama kali jadi imam tarawikh dalam PKP ini. Selamat menghafaz.
Thursday, 23 April 2020
Aktiviti 1 Ramadhan dalam PKP
Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem. Allahuakbar.
Hari pertama menyambut Ramadhan dalam suasana PKP. Masih ada ruang untuk menulis pagi ini. Bersyukur kerana kita berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan. Kita doa dalam 2 bulan yang lepas. Sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Maka selepas sampai Ramadhan jom kita mengisi Ramadhan ini dengan ibadah.
Malam tadi kepada keluarga yang pertama kali dapat berjemaah tarawaikh bersam-sama. Tahniah. Kepada yang belum berpeluang kerana kerja dan urusan lain. insyaAllah ada rezeki untuk malam ini dan malam berikutnya. Kepada yang dapat berjemaah subuh pagi ini bersama keluarga. Alhamdulillah.
Bagaimana mengisi masa lapang yang terlalu lapang. kalau PKP sebelum Ramadhan kita berasa sangat lapang. tentunya dalam ramadhan ini kita akan terasa lebih banayak masa lapang. Saya cadangkan kita mula membuat jadual harian. ambil diari kita. isikan aktiviti yang ingin kita buat. jika diari kita tetinggal di pejabat. kita buka google calendar atau calendar digital yang lain dalam hp atau laptop atau cloud. isikan ikut masa dan tarikh. buat reminder. contohnya,
JUMAAT 1 RAMADHAN
5.00 pagi - solat tahajud dan sahur
6.00 - solat subuh berjemaah
-baca al-quran
solat dhuha
zikir (mathurat, alhadad dsb)
lenturkan belakang/lepak dengan keluarga
8.30 pagi siram bunga.
9.00 pagi - baca buku.
10.00 pagi - on laptop/menulis 2 halaman.
11.00 pagi - mencari maklumat dalam google tentang ramadhan.
12.00 tgh - tidur sekejap.
1.00 tgh - solat zuhur (hari ni tiada solat Jumaat), baca Alquran,
2.00 ptg - on laptop/menulis 2 halaman/membaca
4.00 petang -Quran, solat asar, zikir
5.00 petang - riadah, masak, bantu isteri/suami, sediakan juadah berbuka
7.00 malam zikir, buka, solat jemaah Maghrib, Alquran
8.30 malam - solat isyak, tarawikh, Alquran
10.00 malam - menulis /membaca
11.00 malam -al-mulk/tidur
Ok tak. Selamat mencuba.

Monday, 13 April 2020
FULBRIGHT TEA
Apa tu?
1. Program Fulbright ada beberapa jenis. Yang ini untuk cikgu-cikgu. Pertukaran guru ke US. Cuba baca syarat dan pengalaman bekas peserta program ini. Gugel banyak-banyak. Selamat mencuba.
https://www.irex.org/program/opportunity-international-teachers-fulbright-teaching-excellence-and-achievement-program-0
2. Ini site peserta dari Malaysia Cikgu Azim dari Johor.
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/azimsaidon/home?authuser=0
Menarik pengalamnya.

MENU DI TELEFON PINTAR ANDA
Ramai yang gunakan menu dalam telefon pintar masing-masing tetapi tak pernah tahu nama menu tersebut.Saya kongsikan hari ini. Kenapa namanya semua nama makanan? Ya tak ya pulak.
Wednesday, 8 April 2020
CERTIFIED EDUCATOR DAN CERTIFIED TEACHER
1. Semenjak Covid19 menyerang ramai yang duduk di rumah kerana PKP. Dah masuk 21 hari. Masa menghadap komputer makin banyak walaupun kerja tertunggak sebelum PKP banyak. Saya melihat satu trend baru muncul iaitu pembelajaran atas talian. Ramai yang mula perasan wujudnya satu kumpulan Certified Trainer dalam kalangan guru yang memiliki Certified Google Educator, Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE) dan Google Certified Teacher. Kumpulan ini memang aktif sebelum ini tetapi semnejak PKP mereka semakin aktif menyediakan pelbagai latihan dalam talian dan Webinar. Istilah-istilah pembelajaran dalam talian semakin dihafal oleh guru-guru seluruh Malaysia. Nampaknya aktiviti pembelajaran online semakin rancak.
2. Ramai yang tanya saya bagaimana nak dapatkan sijil certified ini?
Jawapannya tuan/puan perlu mencari dalam google tentang perkara ini. Saya akan berikan link untuk ketiga-tiga program ini.
Cikgu yang ada gmail dan suka guna google dan Google Educator boleh dapatkan maklumat dari portal berikut: https://teachercenter.withgoogle.com/certification
Yang ada akaun outlook dan suka dengan MSOffice 365 boleh cuba Microsoft Educator di sini: https://education.microsoft.com/en-us
dan untuk cikgu-cikgu yang menggunakan peranti Apple pula boleh cuba link berikut:
https://appleteacher.apple.com/#/home/profile/info
3. Soalan yang ini saya susah sikit nak jawab, yang mana satu baik?
Jawapan saya tepuk dada tanya selera.
Sebenarnya guru-guru di Malaysia dah ada kumpulan yang mempromosikan perkara ini. Cuba google. Ada Edidik , Digital Classroom https://www.digitalclassroom.my/, Rumahkod https://www.facebook.com/rumahkod/videos/737103536804255/ banyak lagi.
Ada yang menawarkan latihan, bootcamp dsb. Mereka aktif dalam facebook dan Telegram. 3 syarikat besar ini pun dah mula aktif mempromosi program mereka. Faham-fahamlah orang meniaga.
Saya meramalkan pada masa depan kemahiran menggunakan alat-alat digital, e-pembelajaran, youtube , video dll akan menjadi kompetnesi wajib guru seluruh dunia. Cepat atau lambat. Kita tunggu sahaja.

Thursday, 2 January 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teori Komunikasi
Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...
-
Ada rupanya dalam kalangan kawan-kawan yang dah dapat PhD telah bersungguh-sungguh menempah nae tag baru. Tambah Dr. di hadapan namanya pada...
-
Ramai sangat yang minta saya emelkan carta gantt proses menyiapkan tesis dalam 3 tahun. Saya cuba pos kat sini. Ok. Cubalah ubahsuai mana ...
-
Semalam ke Perpustakaan EPRD KPM di Putrajaya. Ada perkembangan terkini nampaknya. Kalau dahulu kena cari nombor panggilan dan adik di kaunt...