Thursday, 23 April 2020

Aktiviti 1 Ramadhan dalam PKP

Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem. Allahuakbar.

Hari pertama menyambut Ramadhan dalam suasana PKP. Masih ada ruang untuk menulis pagi ini. Bersyukur kerana kita berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan. Kita doa dalam 2 bulan yang lepas. Sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Maka selepas sampai Ramadhan jom kita mengisi Ramadhan ini dengan ibadah.

Malam tadi kepada keluarga yang pertama kali dapat berjemaah tarawaikh bersam-sama. Tahniah. Kepada yang belum berpeluang kerana kerja dan urusan lain. insyaAllah ada rezeki untuk malam ini dan malam berikutnya. Kepada yang dapat berjemaah subuh pagi ini bersama keluarga. Alhamdulillah.

Bagaimana mengisi masa lapang yang terlalu lapang. kalau PKP sebelum Ramadhan kita berasa sangat lapang. tentunya dalam ramadhan ini kita akan terasa lebih banayak masa lapang. Saya cadangkan kita mula membuat jadual harian. ambil diari kita. isikan aktiviti yang ingin kita buat. jika diari kita tetinggal di pejabat. kita buka google calendar atau calendar digital yang lain dalam hp atau laptop atau cloud. isikan ikut masa dan tarikh. buat reminder. contohnya,

JUMAAT 1 RAMADHAN
5.00 pagi - solat tahajud dan sahur
6.00 - solat subuh berjemaah
-baca al-quran
solat dhuha
zikir (mathurat, alhadad dsb)
lenturkan belakang/lepak dengan keluarga
8.30 pagi siram bunga.
9.00 pagi - baca buku.
10.00 pagi - on laptop/menulis 2 halaman.
11.00 pagi - mencari maklumat dalam google tentang ramadhan.
12.00 tgh - tidur sekejap.
1.00 tgh - solat zuhur (hari ni tiada solat Jumaat), baca Alquran,
2.00 ptg - on laptop/menulis 2 halaman/membaca
4.00 petang -Quran, solat asar, zikir
5.00 petang - riadah, masak, bantu isteri/suami, sediakan juadah berbuka
7.00 malam zikir, buka, solat jemaah Maghrib, Alquran
8.30 malam - solat isyak, tarawikh, Alquran
10.00 malam - menulis /membaca
11.00 malam -al-mulk/tidur

Ok tak. Selamat mencuba.

No comments:

Teori Komunikasi

  Teori komunikasi merujuk pada kerangka konseptual yang digunakan untuk memahami bagaimana pesan disampaikan, diterima, dan dipahami dalam ...